Manusia Megalothymia

Hampir tiga dekad yang lalu Fukuyama muncul dengan menyatakan bahawa apa yang menggerakkan sejarah manusia ialah keinginan untuk mendapatkan pengiktirafan. Perjuangan manusia untuk diiktiraf telah menggerakkan sejarah manusia sehingga ke hari ini. Fukuyama yang mendokong pemikiran Hegel, menyebut keinginan semulajadi manusia yang dinamakan thymos mendorong manusia untuk mendapatkan pengiktirafan, sekaligus menjadi penggerak kepada matlamat kehidupan manusia, sekaligus menjadi penggerak kepada perjuangan manusia, dan sekaligus juga menjadi penggerak dan penciptaan sejarah … Continue reading Manusia Megalothymia

Kesan Keteralihan Dalam Normal Baharu

Pada abad ke-19, Ferdinand Tonnies, ahli teori sosial Jerman menulis tentang keteralihan (dislocation) secara psikologikal terhadap masyarakat yang berhijrah dari desa ke kota (Gemeinschaft to Gesellschaft). Mereka bukan sahaja beralih dari suasana kerja pertanian guna-tangan kepada industri guna-mesin tetapi juga seluruh kehidupan dari parokial kepada kosmopolitan. Pada ketika yang sama timbul nostalgia terhadap desa yang mereka tinggalkan, tetapi mereka tidak lagi mahu pulang kerana desa … Continue reading Kesan Keteralihan Dalam Normal Baharu