POP FEST

POP FEST dengan motto ‘ini indie lah’ dan tema ‘Spirituality to Street’  akan diadakan pada 17-18 November 2012 di Perpustakaan Kuala Lumpur. POP FEST merupakan koloborasi kumpulan-kumpulan indie yang bergiat di sekitar ibukota antaranya Sindiket Sol-jah, Urban Village, Crescent Collective, Nasyiddotcom, Nuaar Garrage, Laskar to life dan sebagainya dengan kerjasama Nusa Centre. Kumpulan Indie ini bukan sahaja bergiat dalam seni seperti persembahan muzik, teater, dan sebagainya tetapi juga terlibat dalam penerbitan buku-buku indie. Juga terdapat kumpulan yang menjalankan aktiviti forum Islam, penghasilan produk Islam serta kegiatan amal untuk pesakit kanser dan leukimia. POP FEST mengisi kegiatan dengan forum di Auditorium, jualan produk di booth, dan persembahan kumpulan serta solo. Kegiatan forum diisi dengan acara Spirituality to Life, Permaculture a Healthy Living, Perjalanan Kerohanian Safiya, Forum Lifeline for Gaza berdasarkan pengalaman Dr. Norazman dalam misi ke Gaza, dan Dialog Bersama Ramlee Awang Mursyid. Sementara itu terdapat tayangan 10 filem pendek yang bakal ditayangkan di Festival Filem Cannes dan Tayangan Filem PendekPersona..Ter arahan Khir Rahman. Booth pula menyediakan jualan buku, pakaian terpakai, album lagu, produk indie serta promosi pelbagai. Persembahan yang mengisi POP FEST ialah dari kumpulan Solo: Aifaa Rizwan, Taheera Rosheen, Ijah Amran, Fauziah Gambus, Azfar Allias, Nagalrak (Karl Agan), Mohd Jayzuan, SevenEightSix, Gitartong, Nazim Irfan. Kumpulan Persembahan:  Orange in The Wood, O!MG, Fadzly Rahman & Band, Kawan (ukulee), Zip Zieller, Summer on September, Shhh…diam!, Asbooon, Dewangga Sakti, Amir Syawal dan kawan-kawan. Sementara penerbit buku indie yang terlibat ialah Sindiket Sol-jah, Studio Anai-anai, Lejen Press, Fixi, Selut Press, Moque Press, Merpati Jingga, Terfaktab, Dubook Press, Rabak Lit. Persembahan khas daripada Ramli Sarip dalam segmen Orasi jam 5 petang 18 November 2012.

ATUR CARA POP FEST 2012

Sabtu 17 November 2012 (Auditorium PKL)

                   PAGI
11.00-12.00 : Taking Spirituality to Street: Open Dialogue/InteractivePanelist: Farihin Abdul Fatah & Jason Cottam
12.00-1.00 : Permaculture: Demo, Eats, Shoots and Roots
1.00-2.00 : Rehat/Solat/Makan
                   PETANG
2.00-4.00 : Dialog Transformasi Malaysiae
Ybhg Dato’ Shahlan Ismail, Dr. Chandra Muzafar, YB Ezam Md Noor
4.00-4.30 : Rehat/Solat
4.30-6.30 : Tayangan Filem Pendek: Contempo film – 10 filpen
10 filem pendek yang bakal ditayangkan di Cannes, France
7.00-8.30 : Rehat/Solat/Makan
                   MALAM
8.30-11.00 : Persembahan Pentas Solo & Band dikelolakan Sindiket Sol-Jah

Ahad 18 November 2012 (Auditorium PKL)

                     PAGI
10.30-11.30 : Dialog Kumpulan Saffiya: Perjalanan Kerohanian
11.30-12.00 : Rehat
12.00-1.00 : Tayangan Filem Pendek Persona…Ter arahan Khir Rahman
1.00-2.00 : Rehat/Solat/Makan
                   PETANG
2.00-3.00 : Pelancaran Buku & Dialog Kelab Ramlee Awang Mursyid
3.00-4.00 : Misi Keamanan Palestin: Dr. Norazman (Lifeline for Gaza) & Safiyya & Sahabat
4.00-4.15 : Rehat/Solat
4.30-5.00 : Traveloque Pemuzik
5.00-6.00 : Orasi Ramli Sarip
6.00-8.30 : Rehat/Solat/Makan
                   MALAM
8.30-11.00 : Persembahan Pentas Solo & Band dikelolakan Sindiket Sol-Jah

 

Terdapat 30 booth di Laman (hadapan) Perpustakaan Kuala Lumpur dan 30 booth di dalam Galeri Perpustakaan Kuala Lumpur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *