Salon Kata Kuala Lumpur 2

Salon Kata Kuala Lumpur kembali lagi dengan menampilkan panelis dari Amerika Syarikat, Amir Sulaiman yang bakal membincangkan berkenaan kelompok muslim di sana.

Program anjuran Nusa Centre ini merupakan program yang bersifat antarabangsa dengan mengundang panelis yang terdiri daripada sasterawan, budayawan, sarjana dan aktivis dari dunia antarabangsa bergabung fikiran dengan panelis tempatan (Malaysia). Program ini merupakan forum untuk para panelis berkongsi pandangan dalam pelbagai bidang ilmu yang merentas disiplin. Keutamaan diberikan kepada dunia seni dan budaya, walau bagaimanapun tidak ada sebarang halangan untuk melibatkan apa saja topik perbincangan yang dirasakan sesuai.

Salon Kata Kuala Lumpur 2

Kuala Lumpur Literary Salon 2

Tajuk : Muslim di Amerika Syarikat: Cabaran dan Harapan
Panelis : Amir Sulaiman (Aktivis/Penulis/ Penyanyi) dari Amerika Syarikat
Moderator : Rebecca Ilham
Tarikh : 12 Disember 2012 (Rabu)
Tempat : Rumi and Kohl, M-1-20 Plaza Damas, 60 Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, KL
Masa : 8.00 malam

Gambar acara

One thought on “Salon Kata Kuala Lumpur 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *