Hari kedua Pop Fest – Save Gaza lebih meriah. Cuaca yang masih hujan tidak menghalang orang ramai untuk hadir dan bersama-sama memeriahkan acara.
Jika pada malam hari pertama ada acara Maskara (oleh Sol-Jah), malam hari kedua ditutup dengan konsert yang menampilkan Ramli Sarip, kumpulan Mestica, Muaz, Dakmie dan ramai lagi.
Ramli Sarip sempat memilih baju t di gerai LL4G sebelum konsert
Lelongan bundle dibuka semula selepas hujan reda
Kumpulan Safiya. Malam sebelumnya mereka bergegas ke IB untuk malam puisi riong
UrbanVillage – sempena Pop Fest kali ini mereka menjual cenderamata dan semua hasil jualan sepenuhnya dimasukkan ke dalam tabung LL4G
Lagi gambar-gambar sepanjang program di sini.