Baca Puisi Kuala Lumpur

Baca Puisi Kuala Lumpur, sebuah program anjuran Nusa Centre, DBKL, ITBM dan PENA akan diadakan pada;

Tarikh: 18 Mei (Sabtu)
Masa: bermula jam 8.30 malam
Tempat: Dataran Perpustakaan Kuala Lumpur 

Antara penyair yang akan turut serta ialah Rahimidin Zahari, Khalid Salleh, Sani Sudin, Shamsudin Othman, Solihin Osman, Lutfi Ishak, Hani Salwah, Hafiz Latif & legasi oakheart, Zaiful, serta penyanyi lagu puisi Syed Amran dari kumpulan sahabat, dan lain-lain.

Acara yang julung-julung kali diadakan ini bakal menampilkan Ridzuan Harun sebagai hos manakala Sutung Umar RS bertindak sebagai pengarah program.

Ayuh sama-sama kita hadir untuk memeriahkan acara.

One thought on “Baca Puisi Kuala Lumpur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *