Suara Kuala Lumpur 2

Program terpaksa ditangguhkan kerana perancangan beberapa pihak untuk melaksanakan perhimpunan haram pada tarikh dan masa tersebut.

Suara Kuala Lumpur, sebuah acara bulanan yang menampilkan persembahan baca puisi, nyanyian lagu puisi, muzik dan persembahan tradisional diadakan pada;

Tarikh: 22 Jun 2013 (Sabtu)
Masa: Bermula pada jam 8.30 malam
Tempat pekarangan Perpustakaan Kuala Lumpur (berdekatan Dataran Merdeka)

Suara Kuala Lumpur kali ini menampilkan Zaen Kasturi sebagai Hos.

Di samping itu turut membaca puisi ialah Ahmad Shukri Abdullah, ASP Foo Check Seng, Rajeswari Seetha Raman, Mohd Jusoh Majid, Shamsudin Othman, Hariyani Harun, dan sebagainya. Persembahan tradisional menampilkan kumpulan Pesiban dengan mengadap rebab dan persembahan teromba daripada Raja Teromba Dato’ Dr. Rosli Saludin. Sementara persembahan muzik menampilkan kumpulan Kawan dan Grup Gitaris Nusantara.

Suara Kuala Lumpur diadakan pada minggu ketiga setiap bulan dalam usaha menyemarakkan Kuala Lumpur dengan kegiatan kebudayaan dan kesenian. Acara ini dianjurkan oleh Nusa Centre dengan kerjasama DBKL, ITBM, DBP, PENA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *