SUARA KUALA LUMPUR 3

Suara Kuala Lumpur kembali! Masih lagi menampilkan persembahan baca puisi, nyanyian lagu puisi, muzik dan persembahan tradisional.

Tarikh: 28 September 2013 (Sabtu)
Masa: Bermula pada jam 8.30 malam
Tempat pekarangan Perpustakaan Kuala Lumpur (berdekatan Dataran Merdeka)

Suara Kuala Lumpur kali ini diadakan sempena Sambutan Hari Malaysia ke-50. Menampilkan generasi muda pelbagai kaum dan etnik bagi memperlihatkan suara anak Malaysia dekad mutakhir dalam menghayati penubuhan Malaysia tercinta. Peserta yang mengambil bahagian terdiri daripada generasi muda iaitu Sanisha Bogaraja, Cheng Kui Qiang, wakil masyarakat Orang Asli Zai Jais, Nurul Atikah Rusli, Shamsul Amin, Hafiz Latiff. Sementara didatangkan khas dari Sarawak ialah Jayaramba dan Anita Nyutha, dan diikuti suara etnik Sabah Hadini Yunus Gadong. Penyair-penyair mapan yang turut mengambil bahagian ialah Jasni Matlani, Ahmad Shukri Abdullah, Ariff Mohamad dan Basri Abdilah. Tidak ketinggalan persembahan Tarian Zapin, persembahan lagu patriotik dari SMK Maxwell, SMS Alam Shah Putrajaya dan UPSI. Acara kemuncak menampilkan Tetamu Istimewa AGI (A. Ghaffar Ibrahim).

Suara Kuala Lumpur diadakan pada minggu ketiga setiap bulan dalam usaha menyemarakkan Kuala Lumpur dengan kegiatan kebudayaan dan kesenian. Acara ini dianjurkan oleh Nusa Centre dengan kerjasama DBKL, ITBM, DBP, PENA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *