Suara Kuala Lumpur 5

Jemputan terbuka. Suara Kuala Lumpur, sebuah acara bulanan yang menampilkan persembahan baca puisi, nyanyian lagu puisi, muzik dan persembahan tradisional diadakan pada;

Tarikh: 30 November 2013 (Sabtu)
Masa: bermula jam 8.30 malam
Tempat: Pekarangan Perpustakaan Kuala Lumpur (berdekatan Dataran Merdeka)

Suara Kuala Lumpur bulan ini menampilkan Kumpulan Dendang Anak yang membawa persembahan ekstravaganza dan mistikal muzik Melayu nusantara. Penyair-penyair yang mengambil bahagian ialah Prof Madya Dr Talib Samat, Ihsan Noorzali, Solihin Osman, Mohd Dahri Zakaria, Ridzuan Harun, Raihani Mohd Saaid, MF Kencana, Nadia dan Tetamu Istimewa ialah penyair Shamsudin Othman. Turut ditampilkan ialah persembahan muzik dari Alam Busker dan Sentuhan Busker, di samping persembahan monodrama oleh Milyana Arshad.

Suara Kuala Lumpur diadakan pada minggu ketiga setiap bulan dalam usaha menyemarakkan Kuala Lumpur dengan kegiatan kebudayaan dan kesenian. Acara ini dianjurkan oleh Nusa Centre dengan kerjasama DBKL, ITBM, DBP, PENA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *