Suara Kuala Lumpur 6

Suara Kuala Lumpur sebagai penutup 2013 bakal menampilkan tema Festival Akuastika menampilkan pemuzik-pemuzik buskers bergabung dengan para penyair dan kumpulan muzik tradisional. Acara kali ini akan diadakan pada:

Tarikh: 21 Disember 2013 (Sabtu)
Masa: bermula jam 8.30 malam
Lokasi: di pekarangan Perpustakaan Kuala Lumpur berdekatan Dataran Merdeka.

Penyair-penyair yang mengambil bahagian ialah Agi, Ahmad Razali Yusuf, Zaen Kasturi, Arif Mohamad, Zulfazlan Jumrah dan dua orang deklamator wanita iaitu Lin Haslinaz dan Fazleena Hishamuddin. Sementara persembahan para pemuzik busker terdiri daripada kumpulan Ukalele, Mie Iskaf, May-e & Marina, Mohd Asyid, Syed Amran dan Adinda Amirul. Persembahan dibuka dengan persembahan gendang silat.

Suara Kuala Lumpur diadakan pada minggu ketiga setiap bulan dalam usaha menyemarakkan Kuala Lumpur dengan kegiatan kebudayaan dan kesenian dengan menampilkan persembahan baca puisi, nyanyian lagu puisi, muzik dan persembahan tradisional. Acara ini dianjurkan oleh Nusa Centre dengan kerjasama DBKL, DBP, ITBM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *