Kerancuan-Kerancuan dalam Gagasan Persuratan Baru: Suatu Penilaian Kritis

Oleh: Ahmad Muziru Idham

dibincangkan dalam sesi Post-truth 2
28 Januari 2017
Born & Bread Cafe, Kuala Lumpur

 

ABSTRAK
Gagasan Persuratan Baru bukanlah suatu yang asing dalam dunia kesusasteraan tempatan kontemporari. Gagasan yang dipelopori oleh Mohd. Affandi Hassan ini telah mencetuskan suatu fenomena pembacaan dan analisis kritis terhadap karya-karya kesusasteraan nusantara, lebih-lebih lagi terhadap karya-karya Sasterawan Negara. Seringkali impak penganalisaan karya-karya kesusasteraan menurut kerangka gagasan Persuratan Baru agak kontroversional apabila karya-karya kesusasteraan yang berprofil tinggi dikritik hebat yang bersimpangan dengan arus perdana. Namun begitu, gagasan ini turut tidak terlepas daripada wujudnya kerancuan dan paradoks yang melingkungi gagasannya sendiri tanpa disedari setelah sekian lama ia hadir ke pentas kesusasteraan dan mencabar para sasterawan untuk mengkritiknya. Oleh sebab itu, makalah ini akan membentangkan tentang kerancuan-kerancuan yang terdapat dalam gagasan Persuratan Baru dengan memaparkan kontradiksi dan kekeliruan faham yang wujud di dalam gagasan tersebut. Pertama, saya akan mulakan dengan membincangkan tentang elemenelemen dan alat-alat analisis yang wujud dalam gagasan Persuratan Baru. Kedua, saya akan mula melakukan suatu penilaian kritis terhadap gagasan ini dengan merujuk kepada elemen dan alat analisis itu sendiri. Akhir sekali, saya mendatangkan suatu rumusan bahawa gagasan Persuratan Baru turut tidak terlepas daripada kerancuannya ketika mana ianya sekian lama menyelongkar kerancuan yang terdapat dalam karya-karya kesusasteraan orang lain.

Kata kunci: Persuratan Baru, Mohd. Affandi Hassan, kesusasteraan, kerancuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *