PEREMPUAN PEMBUNUH SEPI
Rita Robert Rawantas
Harga RM20.00
Setiap kita lahir bersama kunci. Kita pemegang kunci kepada semua pintu kehidupan termasuk pintu-pintu terlarang yang menghampar segala dosa. Sebahagian pintu tidak perlukan kunci kerana kita telah pun lama berada di dalamnya. Waktu menggelisahkan, dosa itu selalu empuk menerima kita, memberi nikmat. Lalu kita kekal terperangkap dalam helus dan aromanya.