Bengkel Penerbitan Nusa Centre

1.0     PENGENALAN

Bengkel ini diadakan sebagai sebuah kursus penerbitan yang mendedahkan peserta kepada proses penerbitan yang terdiri daripada;

  1. Meja Berita: Perolehan Bahan & Penulisan
  2. Meja Editorial: Penyusunan Bahan & Suntingan
  3. Pracetak: Konsep, Reka bentuk & Reka letak
  4. Percetakan: Bahan Akhir Cetakan

Bengkel ini juga terbuka kepada kakitangan awam, agensi, swasta; dan sesiapa yang berminat dalam dunia penerbitan. Tiga kategori peserta yang dikenalpasti: Pertama, mereka yang terlibat menangani buletin, majalah, buku atau bahan penerbitan dalam jabatan ataupun agensi. Kedua, mereka yang akan terlibat dalam menangani bahan penerbitan seperti di atas. Dan ketiga, mereka yang berminat tentang dunia penerbitan.

Bengkel ini memberikan pengenalan dan pemahaman terhadap apa itu bahan penerbitan, proses penerbitan dan pengurusan penerbitan. Pada masa yang sama ia memberikan panduan untuk memilih, menulis, menyusun dna menyunting bahan penerbitan. Di samping itu bengkel ini juga membawa peserta untuk memahami aspek-aspek teknikal dalam dunia penerbitan, khususnya aspek rekabentuk dan rekaletak. Program ini diadakan dalam bentuk kuliah di kelas dan kegiatan di luar kelas.

3.0     OBJEKTIF

  1. Memberikan ilmu pengetahuan kepada peserta tentang dunia penerbitan secara terperinci.
  2. Memberikan pemahaman yang jelas terhadap aspek bahan dan teknikal dalam proses penerbitan.
  3. Melahirkan individu ataupun pasukan yang dapat mengurus dan mengerjakan bahan penerbitan seperti buletin, majalah, buku dan sebagainya
  4. Menambahkan pengetahuan di samping memperoleh pengalaman baharu dalam dunia penerbitan.

4.0       FAEDAH DAN KEPENTINGAN BENGKEL

  1. Bengkel ini akan dapat melengkapkan peserta dengan pengetahuan dalam dunia penerbitan.
  2. Bengkel ini juga akan melahirkan individu atau pasukan yang dapat melakukan kerja penerbitan dengan sempurna.

5.0      JUSTIFIKASI

Program ini dijalankan untuk memberikan pendedahan kepada peserta berkaitan dengan dunia penerbitan. Selain itu peserta juga dapat bersoal jawab dan mendapat pengalaman berkaitan dunia penerbitan.

PESERTA

  1. Terbuka kepada semua kakitangan kerajaan, swasta, dan orang awam.
  2. Pengangkutan, penginapan dan makan minum disediakan oleh Penganjur sepanjang bengkel berlangsung
  3. Peserta diberikan pendedahan yang bersifat teori dan amali.
  4. Waktu bengkel ialah selama tiga (3) hari dua (2) malam.

PENCERAMAH

  1. Individu yang terlibat dalam dunia penerbitan secara langsung.
  2. Penginapan dan makan minum penceramah disediakan oleh Penganjur sepanjang bengkel berlangsung.
  3. Penceramah menyediakan nota serta bahan yang berkaitan.
  4. Kos pengangkutan akan ditanggung sendiri oleh penceramah

KAEDAH BENGKEL

  1. Jangka masa 3 hari 2 malam
  2. Medium bahasa Melayu
  3. Ceramah
  4. Perbincangan dalam kumpulan
  5. Simulasi (LCD Powerpoint)
  6. Teori
  7. Amali

ATURCARA PROGRAM

Jumaat (Hari Pertama)

2.30pm – 04.30pm      – Pendaftaran Peserta dan Taklimat
5.30pm – 07.00pm      – Aktiviti Bebas
07.00pm – 08.30pm    – Makan Malam
8.30pm – 10.30pm      – Bengkel 1 (Meja Berita: Teori)
10.30 pm                     – Minum & Bersurai

Sabtu (Hari Kedua)

07.30am – 08.30am     – Sarapan Pagi
08.30am – 10.30am     – Bengkel 2 (Meja Editorial: Teori)
10.30am – 11.00am     – Kudapan
11.30am – 01.00pm    – Bengkel 3 (Pracetak Teknikal: Teori & Amali)
01.00pm – 02.30pm    – Makan Tengahari
02.30pm – 04.30pm    – Bengkel 4 (Meja Berita: Amali)
04.30pm – 05.00pm    – Minum Petang
05.00pm – 07.00pm    – Aktiviti Riadah & Rehat
07.30pm – 08.30pm    – Makan Malam
08.30pm – 10.30pm    – Bengkel 5 (Meja Editorial: Amali)
10.30pm – 11.00pm    – Minum & Bersurai

Ahad (Hari Ketiga)

07.30am – 08.30am     – Sarapan Pagi
08.30am – 10.30am     – Bengkel 6 (Pracetak & Percetakan)
10.30am – 11.00am     – Kudapan
11.30am – 01.00pm    – Rumusan & Majlis Penutup
01.00pm – 02.30pm    – Daftar Keluar Hotel & Makan Tengahari
02.30pm              – Tamat

SILA HUBUNGI

Penasihat Bengkel Penerbitan Nusa Centre
Azalan Hussain 017-884 6372
Emel: sinaganaga1547@yahoo.com

Pengarah Nusa Centre
Syed Mohd Zakir Syed Othman 017-342 7991
Emel: smzakir90@gmail.com