Bengkel Penulisan Kreatif Nusa (Cherating)

1.0     PENGENALAN

Bengkel ini diadakan ialah sebagai memenuhi pengisian kegiatan bahasa Melayu dan kesusasteraan kepada guru, pelajar serta penggiat bahasa dan sastera. Bengkel ini memberikan pendedahan yang amat berguna di samping interaksi bahasa dan sastera Melayu dalam dunia pendidikan khususnya dalam peringkat persekolahan menengah.

Bengkel ini juga terbuka kepada bakal-bakal penulis, peminat sastera dan sesiapa yang berminat untuk menceburi dan mengenali dunia penulisan kreatif. Penulisan kreatif terbahagi kepada penulisan puisi dan prosa. Penulisan puisi melibatkan penulisan sajak. Sementara penulisan prosa melibatkan penulisan cerpen dan novel.

Program memberikan pengenalan dan pemahaman terhadap apa itu karya kreatif. Pada masa yang sama ia memberikan panduan untuk menulis puisi, cerpen dan novel. Di samping itu ia diadakan untuk membincangkan tentang penulisan Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu. Program ini diadakan dalam bentuk kuliah di kelas dan kegiatan di luar kelas.

3.0     OBJEKTIF

  1. Mewujudkan hubungan yang mesra dan kukuh kepada peserta program dengan sebarang maklumat yang diperolehi yang lebih berfokuskan kepada pengajaran dan pembelajaran penulisan kreatif.
  2. Peserta dapat mendalami aspek sastera termasuk aspek penulisan kreatif dan non-kreatif serta memupuk minat untuk menghasilkan karya mengikut genre tertentu.
  3. Menambahkan pengetahuan di samping memperoleh pengalaman baharu dalam bidang bahasa dan kesusasteraan.
  4. Melahirkan generasi yang berilmu dan berketerampilan melalui program dan sesi latihan yang dirancangkan sepanjang program diadakan.

4.0       FAEDAH DAN KEPENTINGAN PROGRAM

  1. Program ini akan dapat menyemai semangat ingin tahu dalam kalangan peserta program tentang penulisan kreatif.
  2. Program ini juga diharapkan dapat memberi pengetahuan secara langsung kepada peserta program dalam aspek bahasa dan kesusasteraan.

5.0      JUSTIFIKASI

Program ini dijalankan untuk memberikan pendedahan kepada peserta berkaitan dengan penulisan kreatif. Selain itu peserta juga dapat bersoal jawab dan beramah mesra bersama tokoh-tokoh sastera berkaitan pengalaman serta penglibatan mereka dalam dunia penulisan kreatif.

PESERTA

  1. Terbuka kepada semua pelajar, guru, penggiat seni, dan orang awam.
  2. Pengangkutan, penginapan dan makan minum disediakan sepanjang bengkel berlangsung
  3. Peserta juga dibawa melawat dan dilibatkan dalam interaksi di luar bilik kuliah.
  4. Persembahan kreatif Melayu melibatkan peserta dan pembimbing.

TEMPAT

Cherating

JANGKA MASA PROGRAM

Tiga (3) hari (2) malam

ATURCARA PROGRAM

Hari Pertama

10.00 pagi                   – Bertolak ke Cherating
2.00 Petang                 – Daftar masuk ke Kompleks Budaya Cherating
3.30 Petang                 – Taklimat
4.30 Petang                 – Bersurai
7.30 Malam                 – Makan Malam
8.30 Malam                 – Bengkel 1
10.30 Malam               – Minum Malam
11.00 Malam               – Tamat

Hari Kedua

7.30 Pagi                     – Sarapan Pagi
8.00 Pagi                     – Bengkel 2
10.00 Pagi                   – Kudapan
10.30 Pagi                   – Bengkel Pemantapan
12.30 Tengahari          – Makan Tengahari
2.30 Petang                 – Bengkel Persembahan 1
3.30 Petang                 – Aktiviti Kumpulan (Malam Persembahan)
5.30 Petang                 – Aktiviti Pantai
7.30 Petang                 – Makan Malam
8.00 Malam                 – Bengkel Persembahan 2
9.00 Malam                 – Minum Malam
9.15 Malam                 – Persembahan peserta
11.15 Malam               – Tamat

Hari Ketiga

7.30 Pagi                     – Sarapan Pagi
8.30 Pagi                     – Majlis Penutup & Penyampaian Sijil
10.30 Pagi                   – Majlis Tamat/Rehat
12.00 Tengahari          – Daftar Keluar/Makan Tengahari
1.00 Petang                 – Bertolak Pulang

SILA HUBUNGI

Penasihat Program Nusa Events
Salleh Mohd Tahir  013-2450808/016-6914355
Emel: pokleh757@yahoo.com,

Pengarah Nusa Centre
Syed Mohd Zakir Syed Othman 017-3427991
Emel: smzakir90@gmail.com