Bengkel Puisi Tradisional Nusa Centre

1.0     TUJUAN

Tujuan bengkel ini diadakan ialah sebagai memenuhi pengisian kegiatan bahasa Melayu dan kesusasteraan kepada guru, pelajar serta penggiat bahasa dan sastera. Bengkel ini memberikan pendedahan yang amat berguna di samping interaksi bahasa dan sastera Melayu dalam dunia pendidikan khususnya dalam peringkat persekolahan menengah.

Puisi tradisional Melayu ialah karangan yang berirama dan bersajak atau berbaris-baris. Antara yang terkandung dalam puisi tradisional Melayu adalah ialah pantun, syair, gurindam, dan seloka. Puisi tradisional Melayu yang dihasilkan membawa gagasan idea dari segi penceritaan, kisah-kisah rakyat, idea fikiran masyarakat, nasihat dan tauladan serta puji-pujian. Puisi tradisional Melayu merupakan pancaran kehidupan masyarakat Melayu yang terikat dengan adat resam, nilai, norma dan peraturan kehidupan kolektif. Dalam pada itu, pemahaman terhadap falsafah puisi tradisional Melayu ini dapat membentuk nilai perpaduan yang menjunjung konsep 1Malaysia.

2.0     PENGENALAN

Program ini adalah usaha untuk memartabatkan puisi tradisional Melayu. Pada masa yang sama menyesuaikannya dalam konsep 1Malaysia, iaitu membolehkan puisi tradisional Melayu dihayati sebagai milik bersama bangsa Malaysia. Di samping itu ia diadakan untuk membincangkan tentang penulisan Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu. Program ini diadakan dalam bentuk kuliah di kelas dan kegiatan di luar kelas.

3.0     OBJEKTIF

  1. Mewujudkan hubungan yang mesra dan kukuh kepada peserta program dengan sebarang maklumat yang diperolehi yang lebih berfokuskan kepada pengajaran dan pembelajaran bahasa dan sastera Melayu khususnya puisi tradisional Melayu.
  2. Peserta dapat mendalami aspek puisi tradisional Melayu termasuk aspek penulisan kreatif dan non-kreatif serta memupuk minat untuk menghasilkan karya mengikut genre tertentu.
  3. Menambahkan pengetahuan di samping memperoleh pengalaman baharu dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Melayu.
  4. Melahirkan generasi yang berilmu dan berketerampilan melalui program dan sesi latihan yang dirancangkan sepanjang program diadakan.

4.0       FAEDAH DAN KEPENTINGAN PROGRAM

  1. Program ini akan dapat menyemai semangat ingin tahu dalam kalangan peserta program tentang penulisan kreatif dan non-kreatif.
  2. Program ini juga diharapkan dapat memberi pengetahuan secara langsung kepada peserta program dalam aspek bahasa dan kesusasteraan.

5.0      JUSTIFIKASI

Program ini dijalankan untuk memberikan pendedahan kepada peserta berkaitan dengan puisi tradisional Melayu. Selain itu pelajar juga dapat bersoal jawab dan beramah mesra bersama tokoh-tokoh tersebut berkaitan pengalaman serta penglibatan mereka dalam dunia puisi tradisional Melayu.

PESERTA

  1. Terbuka
  2. Peserta perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM180.00
  3. Pengangkutan, penginapan dan makan minum disediakan sepanjang bengkel berlangsung
  4. Peserta juga dibawa melawat dan dilibatkan dalam interaksi di luar bilik kuliah.
  5. Persembahan puisi tradisional Melayu melibatkan peserta dan pembimbing.

JANGKA MASA PROGRAM

Tiga (3) hari Dua (2) malam

TENTATIF PROGRAM

HARI PERTAMA

3.00 Petang                 – Pendaftaran
4.30 Petang                 – Taklimat Program
5.00 Petang                 – Pembahagian Kumpulan
5.30 Petang                 – Rehat
7.30 Malam                 – Makan Malam
8.30 Malam                 – Bengkel 1
10.30 Malam               – Minum Malam
11.00 Malam               – Tamat

HARI KEDUA

7.30 Pagi                     – Sarapan Pagi
8.00 Pagi                     – Bengkel 2
10.00 Pagi                   – Kudapan
10.30 Pagi                   – Bengkel Pemantapan 1
12.30 Tengahari          – Makan Tengahari
2.30 Petang                 – Bengkel Persembahan 1
3.30 Petang                 – Aktiviti Kumpulan (Malam Persembahan)
5.30 Petang                 – Aktiviti Riadah (Sukaneka)
7.30 Petang                 – Makan Malam
8.00 Malam                 – Bengkel Persembahan 2
9.00 Malam                 – Minum Malam
9.15 Malam                 – Persembahan peserta
11.15 Malam               – Tamat

HARI KETIGA

7.30 Pagi                     – Sarapan Pagi
8.30 Pagi                     – Bengkel Pemantapan 2
10.30 Pagi                   – Majlis Penutup & Penyampaian Sijil
12.30 Tengahari          – Makan Tengahari
2.00 Petang                 – Daftar Keluar/Bertolak Pulang

SILA HUBUNGI

Penasihat Program Nusa Centre
Salleh Mohd Tahir  013-2450808/016-6914355
Emel: pokleh757@yahoo.com,

Pengarah Nusa Centre
Syed Mohd Zakir Syed Othman 017-3427991
Emel: smzakir90@gmail.com