PEREMPUAN PEMBUNUH SEPI – Rita Robert Rawantas

PEREMPUAN PEMBUNUH SEPI Rita Robert Rawantas Harga RM20.00 Setiap kita lahir bersama kunci. Kita pemegang kunci kepada semua pintu kehidupan termasuk pintu-pintu terlarang yang menghampar segala dosa. Sebahagian pintu tidak perlukan kunci kerana kita telah pun lama berada di dalamnya. Waktu menggelisahkan, dosa itu selalu empuk menerima kita, memberi nikmat. Lalu kita kekal terperangkap dalam helus dan aromanya. Continue reading PEREMPUAN PEMBUNUH SEPI – Rita Robert Rawantas

RUMAH YANG TUMBUH DARI BUKIT – S.M. Zakir

RUMAH YANG TUMBUH DARI BUKIT S. M. Zakir RM10.00 Puisi mengalir daripada pengalaman dan luruh menjadi kata-kata. Pengalaman mencatatkan dan puisi mengindahi. Sebuah bukit adalah tanah yang tumbuh tinggi dari bumi, dan puisi menjadikannya kehidupan yang bernafas, malah raksasa yang menawan bumi. Puisi kemudian menumbuhkan jiwa. Continue reading RUMAH YANG TUMBUH DARI BUKIT – S.M. Zakir

NOKTURNA, Sang Flaneur Yang Tidak Boleh Tidur

Penyair ini, Karim Mohd terkurung setahun di Cyberjaya setelah keluar dari alam desa yang menjadikan laut sebagai tetangga melepaskan duka. Di Cyberjaya dia menemukan kota, kehidupan kota di rooftop, kafe, tiang-tiang besi, menara batu, kaca-kaca, lorong kecil pejalan kaki, manusia dan bas mengelilingi Putrajaya dengan modal lima puluh sen. Merokok di bumbung untuk melihat langit yang lebih luas dan lapang daripada melihat langit dari tingkap … Continue reading NOKTURNA, Sang Flaneur Yang Tidak Boleh Tidur

TARI PASAR PEREMPUAN Sastera Pop VS Sastera Tulen

Dalam keadaan tertentu kerja-kerja ahli teori seringkali membuatkan sastera menjadi sukar. Kaum formalis yang banyak menyumbang mendirikan sastera moden cuba memisahkan sastera daripada jiwa seorang pencerita. Mereka melihat sastera sebagai fakta kebendaan yang dapat dikaji fungsinya sepertimana mekanik memeriksa sebuah mesin. Bagaimanapun formalisme mempunyai peranan besar dalam menghadirkan aliran realisme dalam sastera. Di tangan ahli-ahli fenomenologi dan hermeneutika pula sastera dipertanyakan apa yang dialami itu … Continue reading TARI PASAR PEREMPUAN Sastera Pop VS Sastera Tulen

BUKAN ORANGORANG: BUKAN PROPAGANDA-UTOPIS

Novel Bukan Orangorang (BOO) tulisan Hafizah Iszahanid adalah novel yang memenangi Hadiah Sastera Perdana (HSPM) 2015-2016 yang masih tidak diperkatakan sehingga kini. HSPM kelihatannya hanya gah memberikan keputusannya tetapi setelah itu ia mati dan senyap. Semua karya-karya yang memenanginya hilang tanpa diperkatakan. Lalu atas kekuatan apa ia menerima HSPM tidak diketahui selain daripada ulasan panel hakim yang tidak disiarkan (adakala tersiar di Dewan Sastera, adakala … Continue reading BUKAN ORANGORANG: BUKAN PROPAGANDA-UTOPIS