Kembara Nusa ke Tasik Kenyir: Apa yang Anda Baca dan Tonton

Selamat hari raya! Program Kembara Nusa sudah dibuka untuk penyertaan. Kali ini kita ke Tasik kenyir selama 3 hari 2 malam. Judul Program: Kembara Nusa ke Tasik Kenyir: Apa yang Anda Baca dan Tonton Bersama S.M. Zakir, Rahimidin Zahari, Lutfi Ishak, Ariff Mohamad, Rebecca Ilham, Hani Salwah, Ainunl Muaiyanah. Tarikh: 14-16 September 2013 Peserta: Terbuka kepada semua di bawah usia 35 tahun (tempat terhad) Bayaran: … Continue reading Kembara Nusa ke Tasik Kenyir: Apa yang Anda Baca dan Tonton

Sembang & Kopi 1

Sembang & Kopi, sebuah program baru anjuran Nusa Centre. Sembang & Kopi 1 baru-baru ini membincangkan berkenaan perbandingan cerpen-cerpen Indonesia mutakhir. Saban tahun, Kompas, akhbar perdana Indonesia mengeluarkan antologi yang memuatkan 20 cerpen terbaik selepas dinilai. Perbincangan tidak hanya  seputar cerpen Indonesia, tetapi juga berkisar soal karya  dan penulis tempatan yang tak kurang bisanya. Jumpa lagi untuk sesi Sembang & Kopi yang akan datang, 24 … Continue reading Sembang & Kopi 1

Sembang & Kopi

Sebuah program santai anjuran Nusa Centre. Proram ini bersifat sembang-sembang dan terbuka kepada semua yang berminat. Sebuah topik akan dipilih dan para peserta diberi kebebasan untuk memberi pendapat berdasarkan topik tersebut. Sembang & Kopi 1 : Perbandingan Sastera – Melihat cerpen Indonesia mutakhir. Tarikh : 27 Januari 2013 (Ahad) Masa : 3 petang Tempat : Coffee Bean, KL Sentral. Continue reading Sembang & Kopi

POP FEST – SAVE GAZA (HARI 2)

Hari kedua Pop Fest – Save Gaza lebih meriah. Cuaca yang masih hujan tidak menghalang orang ramai untuk hadir dan bersama-sama memeriahkan acara. Jika pada malam hari pertama ada acara Maskara (oleh Sol-Jah), malam hari kedua ditutup dengan konsert yang menampilkan Ramli Sarip, kumpulan Mestica, Muaz, Dakmie dan ramai lagi. Ramli Sarip sempat memilih baju t di gerai LL4G sebelum konsert Lukisan karikatur Lelongan bundle … Continue reading POP FEST – SAVE GAZA (HARI 2)

Salon Kata Kuala Lumpur 2

Salon Kata Kuala Lumpur kembali lagi dengan menampilkan panelis dari Amerika Syarikat, Amir Sulaiman yang bakal membincangkan berkenaan kelompok muslim di sana. Program anjuran Nusa Centre ini merupakan program yang bersifat antarabangsa dengan mengundang panelis yang terdiri daripada sasterawan, budayawan, sarjana dan aktivis dari dunia antarabangsa bergabung fikiran dengan panelis tempatan (Malaysia). Program ini merupakan forum untuk para panelis berkongsi pandangan dalam pelbagai bidang ilmu … Continue reading Salon Kata Kuala Lumpur 2

POP FEST

POP FEST dengan motto ‘ini indie lah’ dan tema ‘Spirituality to Street’  akan diadakan pada 17-18 November 2012 di Perpustakaan Kuala Lumpur. POP FEST merupakan koloborasi kumpulan-kumpulan indie yang bergiat di sekitar ibukota antaranya Sindiket Sol-jah, Urban Village, Crescent Collective, Nasyiddotcom, Nuaar Garrage, Laskar to life dan sebagainya dengan kerjasama Nusa Centre. Kumpulan Indie ini bukan sahaja bergiat dalam seni seperti persembahan muzik, teater, dan sebagainya tetapi juga … Continue reading POP FEST

Salon Kata Kuala Lumpur

Salon Kata Kuala Lumpur anjuran Nusa Centre merupakan program yang bersifat antarabangsa dengan mengundang panelis yang terdiri daripada sasterawan, budayawan, sarjana dan aktivis dari dunia antarabangsa bergabung fikiran dengan panelis tempatan (Malaysia). Program ini merupakan forum untuk para panelis berkongsi pandangan dalam pelbagai bidang ilmu yang merentas disiplin. Keutamaan diberikan kepada dunia seni dan budaya, walau bagaimanapun tidak ada sebarang halangan untuk melibatkan apa saja … Continue reading Salon Kata Kuala Lumpur