Manusia Megalothymia

Hampir tiga dekad yang lalu Fukuyama muncul dengan menyatakan bahawa apa yang menggerakkan sejarah manusia ialah keinginan untuk mendapatkan pengiktirafan. Perjuangan manusia untuk diiktiraf telah menggerakkan sejarah manusia sehingga ke hari ini. Fukuyama yang mendokong pemikiran Hegel, menyebut keinginan semulajadi manusia yang dinamakan thymos mendorong manusia untuk mendapatkan pengiktirafan, sekaligus menjadi penggerak kepada matlamat kehidupan manusia, sekaligus menjadi penggerak kepada perjuangan manusia, dan sekaligus juga menjadi penggerak dan penciptaan sejarah … Continue reading Manusia Megalothymia

Kesan Keteralihan Dalam Normal Baharu

Pada abad ke-19, Ferdinand Tonnies, ahli teori sosial Jerman menulis tentang keteralihan (dislocation) secara psikologikal terhadap masyarakat yang berhijrah dari desa ke kota (Gemeinschaft to Gesellschaft). Mereka bukan sahaja beralih dari suasana kerja pertanian guna-tangan kepada industri guna-mesin tetapi juga seluruh kehidupan dari parokial kepada kosmopolitan. Pada ketika yang sama timbul nostalgia terhadap desa yang mereka tinggalkan, tetapi mereka tidak lagi mahu pulang kerana desa … Continue reading Kesan Keteralihan Dalam Normal Baharu

Kerancuan-Kerancuan dalam Gagasan Persuratan Baru: Suatu Penilaian Kritis

Oleh: Ahmad Muziru Idham dibincangkan dalam sesi Post-truth 2 28 Januari 2017 Born & Bread Cafe, Kuala Lumpur   ABSTRAK Gagasan Persuratan Baru bukanlah suatu yang asing dalam dunia kesusasteraan tempatan kontemporari. Gagasan yang dipelopori oleh Mohd. Affandi Hassan ini telah mencetuskan suatu fenomena pembacaan dan analisis kritis terhadap karya-karya kesusasteraan nusantara, lebih-lebih lagi terhadap karya-karya Sasterawan Negara. Seringkali impak penganalisaan karya-karya kesusasteraan menurut kerangka … Continue reading Kerancuan-Kerancuan dalam Gagasan Persuratan Baru: Suatu Penilaian Kritis

HANYUT; Wacana Balas Timur Terhadap Barat

Oleh: S.M. Zakir dibincangkan dalam sesi Post-truth 1 4 Disember 2016 Born & Bread Cafe, Kuala Lumpur Klik di sini untuk muat turun kertas kerja penuh Orientalisme (Edward Said 1978) mungkin sebuah pemikiran klasik dalam melihat hubungan Barat dan Timur, khususnya dalam era kolonialisme dan sudut pandang pascakolonialisme. Pada abad baharu setelah berlakunya gelombang globalisasi dan revolusi teknologi maklumat, sudut pandang orientalisme yang melihat hubungan … Continue reading HANYUT; Wacana Balas Timur Terhadap Barat