

PEREMPUAN PEMBUNUH SEPI – Rita Robert Rawantas
PEREMPUAN PEMBUNUH SEPI Rita Robert Rawantas Harga RM20.00 Setiap kita lahir bersama kunci. Kita pemegang kunci kepada semua pintu kehidupan termasuk pintu-pintu terlarang yang menghampar segala dosa. Sebahagian pintu tidak perlukan kunci kerana kita telah pun lama berada di dalamnya. Waktu menggelisahkan, dosa itu selalu empuk menerima kita, memberi nikmat. Lalu kita kekal terperangkap dalam helus dan aromanya. Continue reading PEREMPUAN PEMBUNUH SEPI – Rita Robert Rawantas

RUMAH YANG TUMBUH DARI BUKIT – S.M. Zakir
RUMAH YANG TUMBUH DARI BUKIT S. M. Zakir RM10.00 Puisi mengalir daripada pengalaman dan luruh menjadi kata-kata. Pengalaman mencatatkan dan puisi mengindahi. Sebuah bukit adalah tanah yang tumbuh tinggi dari bumi, dan puisi menjadikannya kehidupan yang bernafas, malah raksasa yang menawan bumi. Puisi kemudian menumbuhkan jiwa. Continue reading RUMAH YANG TUMBUH DARI BUKIT – S.M. Zakir

ULAR DI TILAMKU – S.M. Zakir
ULAR DI TILAMKU S.M. Zakir RM20.00 Penulisan adalah suatu yang menyeronokkan apabila tidak perlu terperangkap dengan cerita yang perlu dituliskan mengikut garis yang sedia ada. Nikmatilah keseronokan membaca 12 cerpen yang ingin keluar dari garis, laluan dan jalan yang ada. Ia menyihir semua realiti menjadi khayali. Continue reading ULAR DI TILAMKU – S.M. Zakir

POK YA CONG CODEI 2: SITI DI HATI Sebuah Catan Budaya
Pok Ya Cong Codei 2 (PYCC2) kembali dengan kisah yang berlatar di Kelantan, sekaligus mengangkat budaya masyarakat Kelantan secara lebih autentik. Berbeza dengan prekuelnya yang berlatarkan Kuala Lumpur dengan watak Pok Ya membawa ‘jatidiri’nya ke kota, sekuel nya dalam PYCC2 cuba memberikan gambaran yang lebih jelas siapakah diri Pok Ya ini. Ia membawa penonton untuk melihat ‘bangunnya’ watak Pok Ya, dalam persekitaran yang membentuk rupa … Continue reading POK YA CONG CODEI 2: SITI DI HATI Sebuah Catan Budaya

NOKTURNA, Sang Flaneur Yang Tidak Boleh Tidur
Penyair ini, Karim Mohd terkurung setahun di Cyberjaya setelah keluar dari alam desa yang menjadikan laut sebagai tetangga melepaskan duka. Di Cyberjaya dia menemukan kota, kehidupan kota di rooftop, kafe, tiang-tiang besi, menara batu, kaca-kaca, lorong kecil pejalan kaki, manusia dan bas mengelilingi Putrajaya dengan modal lima puluh sen. Merokok di bumbung untuk melihat langit yang lebih luas dan lapang daripada melihat langit dari tingkap … Continue reading NOKTURNA, Sang Flaneur Yang Tidak Boleh Tidur

TARI PASAR PEREMPUAN Sastera Pop VS Sastera Tulen
Dalam keadaan tertentu kerja-kerja ahli teori seringkali membuatkan sastera menjadi sukar. Kaum formalis yang banyak menyumbang mendirikan sastera moden cuba memisahkan sastera daripada jiwa seorang pencerita. Mereka melihat sastera sebagai fakta kebendaan yang dapat dikaji fungsinya sepertimana mekanik memeriksa sebuah mesin. Bagaimanapun formalisme mempunyai peranan besar dalam menghadirkan aliran realisme dalam sastera. Di tangan ahli-ahli fenomenologi dan hermeneutika pula sastera dipertanyakan apa yang dialami itu … Continue reading TARI PASAR PEREMPUAN Sastera Pop VS Sastera Tulen

April Centrone Malaysia Tour 2018
April Centrone is on her tour in Malaysia. Come and join us to enjoy her performance. April is one of the leading classical Arabic percussionists in America. Admission is free but please note that you need to register in advance for the event at Galeri Petronas. Continue reading April Centrone Malaysia Tour 2018

BUKAN ORANGORANG: BUKAN PROPAGANDA-UTOPIS
Novel Bukan Orangorang (BOO) tulisan Hafizah Iszahanid adalah novel yang memenangi Hadiah Sastera Perdana (HSPM) 2015-2016 yang masih tidak diperkatakan sehingga kini. HSPM kelihatannya hanya gah memberikan keputusannya tetapi setelah itu ia mati dan senyap. Semua karya-karya yang memenanginya hilang tanpa diperkatakan. Lalu atas kekuatan apa ia menerima HSPM tidak diketahui selain daripada ulasan panel hakim yang tidak disiarkan (adakala tersiar di Dewan Sastera, adakala … Continue reading BUKAN ORANGORANG: BUKAN PROPAGANDA-UTOPIS

POK YA CONG CODEI ANTIKLISE FILEM GANGSTER MALAYSIA
Setelah lebih dua minggu disiarkan di Astro, telemovie Pok Ya Cong Codei (PYCC) terus menjadi sebutan khalayak penonton di seluruh negara, terutamanya di Semenanjung Malaysia. Masalah bahasa dialek mungkin membuatkannya kurang dihayati di Malaysia Timur yang sukar untuk memahami filem yang bertutur dalam dialek Kelantan ini. PYCC diterbitkan oleh Balang Rimbun, diarah dan ditulis lakon layarnya oleh Sabri Yunus, yang juga merupakan pelakon utama … Continue reading POK YA CONG CODEI ANTIKLISE FILEM GANGSTER MALAYSIA

Johan Tinju & Peluru
Agiluf kesatria berbaju besi dalam angkatan Charlemagne tidak pernah membuka baju dan topeng besinya kerana di dalam baju besi itu sebenarnya tidak ada apa-apa. Kosong tanpa tubuh manusia. Ketika Charlemagne memeriksa barisan dan tidak dapat lagi menahan marahnya kerana Agiluf tidak menunjukkan rasa hormat untuk membuka penutup topi besi menunjukkan wajahnya, Agiluf menjawab di sebalik topi besinya, “Tuanku, saya tidak wujud.” Charlemagne memaksa Agiluf membuktikannya, … Continue reading Johan Tinju & Peluru