Kembara Nusa-KTM Malaysia-Thailand

Program kembara Nusa-KTM adalah program kembara budaya di atas kereta api sepanjang perjalanan pergi balik Kuala Lumpur-Hatyai-Kuala Lumpur. Program ini adalah satu program untuk memperkasakan budaya dan pendidikan. Di samping itu ia memperkenalkan hubungan antarabangsa dalam konteks budaya dan pendidikan. Program ini juga menghubungan masyarakat merentasi sempadan geopolitik. Dalam pada itu ia mempromosikan KTM sebagai produk mesra pelanggan. Kembara puisi ini berakhir dengan kemuncak lawatan ke Prince of Songkhla University, Hatyai Thailand.

Program ini juga menggerakan kegiatan penyelidikan budaya khususnya budaya nusantara. Penyelidikannya melihat kepada sejarah perkembangan dan hubungan budaya nusantara yang harmoni antara sesamanya. Penyelidikan budaya nusantara secara mikro dan makro tanpa terikat kepada sempadan geopolitik diletakkan sebagai objektif utama dalam membina pandangan budaya nusantara yang harmoni dan terbuka. Melalui perjalanan yang penuh keunikan dengan Keretapi Tanah Melayu (KTM), Nusa Centre mengadakan satu siri hubungan budaya antara Malaysia dan Thailand yang bersifat ilmu. Program ini merupakan titik awal dalam memperkukuhkan jambatan budaya nusantara yang sedia terjalin sejak berkurun dahulu.

ISI PROGRAM
i. Sesi Bercerita dan Berdialog diselingi Ceramah Budaya/Pendidikan.
ii. Persembahan baca puisi dan persembahan budaya.
iii. Pertukaran fikiran antara sesama peserta dan juga penceramah.
iv. Hubungan sosiobudaya antara kedua-dua pihak Malaysia dan Thailand.

KONSEP
Kembara ilmu dalam bentuk hubungan sosiobudaya tanpa mengira minat, latar belakang, keturunan, kaum dan warna kulit.

PESERTA
Terbuka kepada semua warganegara Malaysia atau warganegara lain. Secara khususnya ia lebih melibatkan golongan akademik, mahasiswa, guru, pegawai pendidikan, persatuan penulis serta para penyelidik dan pengkaji.

ATURCARA (1) KEMBARA NUSA-KTM

HARI PERTAMA
(Waktu Malaysia)
7.30 pm : Ketibaan dan daftar masuk para peserta di KL Sentral
8.00 pm : Pelancaran Kembara NUSA-KTM
9.00 pm : Kereta Api bertolak dari KL Sentral ke Hadyai, Thailand
9.30 pm : Taklimat Program dan Sesi Bercerita
10.30 pm : Supper
10.45 pm : Baca Puisi ATAU Ceramah/Motivasi/Forum
11.45 pm : Acara Bebas di Event Koc

HARI KEDUA
(Waktu Malaysia)
7.00 am : Sarapan Pagi
8.00 am : Sesi Berdialog dan Bercerita ATAU Ceramah/Motivasi
10.00 am : Rehat/Kudapan
10.30 am : Cop Pasport masuk ke Thailand
11.00 am : Ceramah/Motivasi di Koc Event
12.00 am : Tiba di Stesen Kereta Api Hadyai
12.30 pm : Peserta dijemput oleh bas ke Hotel
1.00 pm : Makan Tengah hari
2.00 pm : Peserta daftar masuk ke Hotel
4.00 pm : Lawatan ke Pasar Terapung Hadyai (Floating Market)
7.00 pm : Bertolak ke Prince of Songkhla University (PSU)
8.00 pm : Makan Malam di Prince of Songkhla University (PSU)
8.30 pm : Persembahan/Sesi Dialog di PSU
10.30 pm : Acara Tamat
10.45 pm : Bertolak pulang ke hotel

HARI KETIGA
(Waktu Malaysia)
8.00 am : Beli belah di Kimyong Market @ Free n Easy
12.00 pm : Daftar Keluar (check-out) Hotel
1.00 pm : Makan Tengah hari
2.00 pm : Bertolak ke Stesen Kereta api Hadyai
2.30 pm : Tiba Stesen Kereta api Hadyai
4.00 pm : Bertolak Pulang ke Kuala Lumpur
5.30 pm : Cop Pasport memasuki sempadan Malaysia
6.30 pm : Perjalanan pulang ke Kuala Lumpur
8.00 pm : Makan Malam
9.00 pm : Sesi Berdialog dan Bercerita ATAU Ceramah/Motivasi
10.30 pm : Baca Puisi ATAU Dialog Para Peserta
11.30 pm : Acara Bebas di Koc Event
5.00 am : Tiba di KL Sentral

ATURCARA (2) KEMBARA NUSA-KTM

HARI PERTAMA
(Waktu Malaysia)
7.30 pm : Ketibaan dan daftar masuk para peserta di KL Sentral
8.00 pm : Pelancaran Kembara NUSA-KTM
9.00 pm : Kereta Api bertolak dari KL Sentral ke Hadyai, Thailand
9.30 pm : Taklimat Program dan Sesi Ceramah
10.30 pm : Supper
10.45 pm : Baca Puisi ATAU Ceramah/Motivasi
11.45 pm : Acara Bebas di Koc Event

HARI KEDUA
(Waktu Malaysia)
7.00 am : Sarapan Pagi
8.00 am : Sesi Dialog ATAU Ceramah/Motivasi
10.00 am : Rehat/Kudapan
10.30 am : Cop Pasport masuk ke Thailand
11.00 am : Sesi Dialog ATAU Ceramah/Motivasi
12.00 am : Tiba di Stesen Kereta Api Hadyai
12.30 pm : Peserta dijemput oleh bas ke Hotel
1.00 pm : Makan Tengahari
2.00 pm : Peserta daftar masuk ke Hotel
4.00 pm : Lawatan ke Pasar Terapung Hadyai (Floating Market)
8.00 pm : Bertolak pulang
9.00 pm : Beli Belah Lee Garden @ Free n Easy
12.00 pm : Kembali ke Hotel

HARI KETIGA
(Waktu Malaysia)
8.00 am : Beli Belah Kimyong Market @ Free n Easy
12.00 am : Lawatan ke Hatyai Wittayakarn School
1.00 pm : Makan Tengah hari di Hatyai Wittayakarn School
1.30 pm : Solat Zohor di Hatyai Wittayakarn School
2.30 pm : Sesi Taklimat di Hatyai Wittayakarn School
4.30 pm : Bertolak pulang ke Hotel
7.30 pm : Lawatan ke Prince of Songkhla University
8.00 pm : Makan Malam di Prince of Songkhla University
8.30 pm : Persembahan Puisi dan Budaya
10.30 pm : Persembahan Tamat
10.45 pm : Bertolak pulang ke Hotel

HARI KEEMPAT
(Waktu Malaysia)
8.00 am : Daftar Keluar Hotel
8.30 am : Lawatan ke Songkhla
9.30 am : Lawatan ke Masjid Kawsing Songkhla
10.30 am : Lawatan ke Pusat Budaya Muslim Songkhla
11.00 am : Lawatan ke Bukit Takwan (Takwan Hill), Songkhla
12.30 am : Lawatan di Pantai Samila Songkhla
1.00 pm : Makan Tengah hari di Pantai Samila
1.30 pm : Bertolak ke Stesen Kereta api Hadyai
2.30 pm : Tiba Stesen Kereta api Hadyai
3.30 pm : Bertolak Pulang ke Kuala Lumpur
6.00 pm : Cop Pasport memasuki sempadan Malaysia
6.30 pm : Perjalanan pulang ke Kuala Lumpur
8.00 pm : Makan Malam
9.00 pm : Sesi Berdialog/Bercerita ATAU Ceramah/Motivasi
10.30 pm : Baca Puisi ATAU Ceramah/Motivasi
11.30 pm : Acara Bebas di Koc Event
5.00 am : Tiba di KL Sentral

ACARA PILIHAN (OPSYEN)

Baca Puisi/Persembahan Budaya di Prince of Songkhla University, Hadyai, Thailand
ATAU
Baca Puisi/Persembahan Budaya di Thaksin University, Songhkla, Thailand
ATAU
Baca Puisi/Persembahan Budaya di Hadyai Wittayakarn School (Sekolah Pondok Moden), Hadyai, Thailand
ATAU
Lawatan ke Pantai Samila, Songkhla, Thailand
ATAU
Acara Bebas

SILA HUBUNGI

Penasihat Program Nusa Centre
Salleh Mohd Tahir 013-2450808/017-2687525
Emel: pokleh757@yahoo.com,

Pengarah Nusa Centre
Syed Mohd Zakir Syed Othman 017-3427991
Emel: smzakir90@gmail.com