Suara Kuala Lumpur 4

Jemputan terbuka untuk semua yang berminat. Suara Kuala Lumpur, sebuah acara bulanan yang menampilkan persembahan baca puisi, nyanyian lagu puisi, muzik dan persembahan tradisional diadakan pada;

Tarikh: 26 Oktober 2013 (Sabtu)
Masa: bermula jam 8.30 malam
Tempat: Pekarangan Perpustakaan Kuala Lumpur (berdekatan Dataran Merdeka)

Suara Kuala Lumpur bulan ini menampilkan Khalid Salleh sebagai tetamu istimewa. Turut ditampilkan ialah persembahan Gambus dan Qasidah oleh Zulhafis, persembahan monodrama dan lagu puisi oleh Persatuan Seni Ceritera, persembahan nasyid dari Kumpulan Safiyya dan persembahan lagu puisi oleh Sani Sudin. Penyair-penyair yang turut mengambil bahagian ialah Dr. Naffi Mat, Prof Madya Dr. A. Halim Ali, Amiruddin Md Ali Hanafiah, Norhakim Amiruddin, Ladin Nuawi, Marjan S, Amran Daud, Rebecca Ilham, Nissa’ Yusof, dan Lim Ah Nee.

Suara Kuala Lumpur diadakan pada minggu ketiga setiap bulan dalam usaha menyemarakkan Kuala Lumpur dengan kegiatan kebudayaan dan kesenian. Acara ini dianjurkan oleh Nusa Centre dengan kerjasama DBKL, ITBM, DBP, PENA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *