Salon Kata Kuala Lumpur anjuran Nusa Centre merupakan program yang bersifat antarabangsa dengan mengundang panelis yang terdiri daripada sasterawan, budayawan, sarjana dan aktivis dari dunia antarabangsa bergabung fikiran dengan panelis tempatan (Malaysia). Program ini merupakan forum untuk para panelis berkongsi pandangan dalam pelbagai bidang ilmu yang merentas disiplin. Keutamaan diberikan kepada dunia seni dan budaya, walau bagaimanapun tidak ada sebarang halangan untuk melibatkan apa saja topik perbincangan yang dirasakan sesuai. Pada peringkat awal penumpuan diberikan kepada panelis dari rantau Asia Tenggara, yang diundang untuk berkongsi pandangan dan fikiran bersama panelis tempatan.
Salon Kata Kuala Lumpur
Kuala Lumpur Literary Salon
Tajuk | : | Dunia Puisi Baru Yang Berontak |
Panelis | : | Frischa Aswarini (Bali, Indonesia) Rebecca Ilham (Kuala Lumpur, Malaysia) |
Moderator | : | Muhammad Lutfi Ishak |
Tarikh | : | 30 September 2012 (Ahad) |
Tempat | : | MAP, Publika, Solaris, Jalan Duta, Kuala Lumpur |
Masa | : | 11.00 pagi |